Sunday, May 25, 2008

Kegelisahan umno

Pemuda dan Puteri Umno perlu segera pikat golongan muda

MELAKA: Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno perlu bertindak segera menambah keahlian parti berikutan usaha keras parti pakatan pembangkang memikat anggota baru di kalangan generasi muda, kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Katanya, golongan muda ini sedang “tunggu dan lihat” kemampuan kerajaan pakatan rakyat membawa kelainan pada pemerintahan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan parti Pas di Kelantan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu. Mohd Ali, yang juga Pengerusi Biro Keahlian Umno Malaysia, berkata golongan muda adalah penentu penting kepada keputusan pilhan raya umum akan datang dan kedua-dua sayap Umno itu perlu berusaha untuk memperbanyakkan keahlian baru.
“Pemuda dan Puteri perlu menyakinan golongan muda mengenai kemampuan parti dalam membela nasib dan kepentingan orang Melayu di negara ini,” katanya pada majlis penyerahan 3,524 borang keahlian baru Umno Melaka di sini hari ini. Mohd Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata semua anggota baru akan diberi kursus supaya mereka dapat memahami sejarah dan perjuangan parti selepas 62 tahun parti itu bertapak di negara ini. Keahlian Umno kini mencecah 3.4 juta orang dengan Umno Melaka mempunyai 128,000 ahli dengan 385 cawangan di negeri itu.- Bernama

No comments: