Friday, June 6, 2008

Kesan kenaikan harga minyak

Pengumuman penstrukturan semula sabsidi diikuti dengan kenaikan harga minyak yang dibuat secara mengejut semalam terpaksa ditelan oleh rakyat walau pun pahit.Banyak rungutan didengar di sana sini.Protes juga dilancarkan.MP Pakatan Rakyat menggesa harga minyak dikaji semula.Seperti biasa PM dan menteri berkata ia tidak membebankan rakyat.Masuk akal ke?

Dolah nampaknya sudah tenggelam punca dalam menangani ekonomi negara ini.Sang Kelembai memberitahu bahawa dolah ni adalah pelajar ekonomi UM yang tercicir sebelum menukar kursus pengajian Islam.Agaknya benar kata Sang Kelembai tu.Ekonomi negara ini agak kucar kacir juga.Sehari selepas pengumuman tersebut KLCI menjunam 29 mata dan Gavenor Bank Negara menyatakan Kadar Inflasi bulan Jun akan melepasi paras 5%.

Hari ini kedengaran pula harga gula melonjak 20 sen walau pun harga beras akan berkurang 15%.Pengusaha lori pula sudah mula menaikkan sewa. Ini baru dua hari.Kita tak tahu apa akan jadi esok ,lusa,minggu depan,bulan depan,tahun depan dan seterusnya.Yang hampir pasti adalah harga barang akan melonjak.Caj perkhidmatan juga akan melonjak.Tak hari ini esok , lusa, minggu depan,bulan depan dan seterusnya . Ia pasti berlaku.Dolah tidak ada pakej penyelamat.

Kerajaan dolah bukan saja tidak membantu rakyat tetapi cuba menghalang dan menggagalkan rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang hendak membantu meringankan beban rakyat.Apa dolah ingat negara dan kekayaan negara ini milik dia dan keluarganya saja?Dia kena sedar bahawa negara dan kekayaan negara ini adalah milik rakyat.Dolah hanya sebagai pemegang amanah(itu pun kalau amanah)atau pegawai pengurus harta negara ini sahaja.Dia tak boleh bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan kepentingan rakyat.

Ibaratkan negara ini sebagai sebuah persatuan/pertubuhan.Harta persatuan /pertubuhan adalah milik ahli-ahlinya.Faedah yang yang diperolehi oleh persatuan/pertubuhan dikembalikan kepda ahli.Siapa yang dipertanggungjawab untuk mengagihkan keuntungan itu kepada ahli? Siapa lagi kalau bukan YDP/Presiden dan AJKnya. YDP dan AJK dipilih oleh ahli bagi satu jangkamasa yang ditentukan oleh perlembagaannya.YDP tak boleh bertindak sewenang-wenang tanpa merujuk kepada ahli melalui mesyuarat agung.Begitulah analoginya dengan sebuah negara dan pemerintahnya .

Semua rakyat disemua peringkat berhak keatas kekayaan negara ini.Oleh itu dolah kena agihkan kekayaan yang ada dengan adil,bukan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat.Kalau tak tahu nak lakukan sila beri kepada yang bisa melakukannya.Siapa? Siapa lagi kalau tidak DSAI.

DSAI ada pakej penyelamat .Beliau ada formula kesejahteraan rakyat. Cuma DSAI belum ada kuasa.Siapa yang boleh beri kuasa pada DSAI? Pastinya ALLAH.Melalui siapa? Siapa lagi kalau bukan rakyat iaitu kita yang menjadi warganegara negara ini.

Saya menyeru kepada semua rakyat sekiranya ada peluang jangan teragak-agak untuk menjulang DSAI ke Putra Jaya...InsyaAllah .

drhamzah:fight2thefinish"