Sunday, June 14, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN PKR...KITA TENGOK APA AKAN JADI KELAK!

Memaknai Semangat Demokrasi KeADILan

Hari ini, lebih 1000 perwakilan KeADILan hadir ke Kongres Khas di Kolej Universiti Islam Selangor. Hari istimewa ini menjadi asas, inshaallah, dalam melakar masa depan yang gemilang, bukan sahaja untuk memperkasa parti, akan tetapi juga memaknai haluan perjuangan bangsa Malaysia.

Para perwakilan pada sebelah petang nanti akan mula membahaskan usul pindaan perlembagaan, yang sekiranya diluluskan, pasti melonjakkan kedudukan parti serta perjuangan kita ke persada amalan demokratik yang tidak tergugat lagi. Anjakan ini mustahak sekali dijayakan kerana ianya menzahirkan iltizam kita untuk mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat.

Pentas ini juga menjadi kesempatan terbaik kepada saya untuk mengingatkan anggota parti agar jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mandat dari rakyat lah menjadi dian ilham untuk merumuskan makna Ketuanan Rakyat dan berjuang dalam kerangka muafakat Pakatan Rakyat.

Sudah tentu kita tidak menghalang perbincangan walau dengan pihak mana sekalipun terutama jikalau ianya isu yang berkait rapat dengan kepentingan nasional. Namun pendirian kita jelas, sebarang perbincangan hanya mampu berhasil sekiranya isu asas menjadi keutamaan; kehakiman mesti bebas dari kongkongan penguasa, suruhanjaya pilihanraya serta suruhanjaya pencegahan rasuah harus dikendalikan secara telus dan krisis Perak hanya mampu diselesaikan melalui pilihanraya.

ANWAR IBRAHIM


6 Responses to “Memaknai Semangat Demokrasi KeADILan”


  1. 1 Red Jun 13th, 2009 at 1:36 pm

    AKHIRNYA INSAN YG SAYA KAGUMI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YG BETUL DAN TEPAT DEMI KEADILAN SEJAGAT.SAYA YAKIN DAN RASA TERIMA KASIH YG AMAT SANGAT DENGAN KEPUTUSAN DATUK ZAID MENYERTAI KEADILAN.
    SAYA MENGKAGUMI BELIAU SEJAK DULU LAGI.WALAUPUN TAK PERNAH BESUA NAMUN IA TIDAK MELUNTURKAN SOKONGAN SAYA TERHADAPNYA.
    SEMOGA SUATU HARI SAYA DAPAT BERJUMPA DENGAN TOKOH SAYA INI,WASSALAM.

  2. 2 tibai Jun 13th, 2009 at 2:06 pm

    Askm DSAI dan rakan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan keseimbangan.

    1. Saya menilai kepentingan nasional sebagai satu tunggak yang sekarang ni amat goyah dan”koyak”. Pada perancangannya baik tetapi pada perlaksanaan menghadapi kecacatan dan hanya bertahan sahaja.

    2. Malaysia patut mencapai kemakmuran yang tidak terhingga. Jika kita lihat asas negara kita ini, kita mempunyai kelebihan dalam aspek-aspek ekonomi dan kestabilan politik. Namun saya melihat ada satu tradisi agaknya yang Malaysia tidak mampu melonjak. Memang hal sebegini biasa. Saya memuji juga semua 100% kemajuan dalam mempraktiskan kemajuan ini.

    3. Akan tetapi jika ada satu bakat dan kebolehan dari PEMIMPIM MENGHAMPARKAN kekuatan-kekuatan tersebut secara dia sebenar-benar tahu akan keberkesanannya pada rakyat dan mencapai kepentingan nasional ini.Maka semua rakyat akan merasai kesannya. (thumbs up)Di sinilah mulanya demokrasi yang memberi penuh kepercayaan pada barisan pemimpim negara susun atur dengan cermat.

    3. HAMPARAN saya maksudkan adalah dalam bahagian pendidikan harus mempunyai hamparan yang akan bercantum pada cabang ekonomi negara, ekonomi semasa, rohaniah dan tata-susila budaya kita dan semua faktor di sisi bukan disisirkan.

    4. Dalam isu bahasa inggeris katakan. Ada pihak menyokong dan ada pula yang kontra. Saya tidak mahu memberi apa komen di sini cuma saya dapat katakan kaum bumi akan terkebelakang dan kaum lain akan ke hadapan. Jangan kerut pulak nak nafikan mat rempit. Jangan kerut pulak nak katakan kumpulan tegar penagih dadah adalah …Melayu 14 orang dan India 2 orang jika membuat tangkapan!. Kalau diikut kepentingan nasional, ia sudah tidak sekata hamparannya. Satu bangsa ada kekuatan dan satu bangsa ada kelemahan.

    5. Dalam hal R N D pulak hamparan harus menuju pada keseimbangan persekitaran yang sentiasa berubah. Tapi kita sudah kena baru nak naik jari telunjuk. Umpamanya lonjakan harga minyak sedunia. Maka kelam-kabutlah memerhati pokok kelapa sawit dan kira banyak mana sudah tanam. Cukup ke atau tidak nak buat bio-diesel.

    6. Banyak hamparan sebenarnya yang sepatut disediakan hinggakan generasi muda di usia muda dapat menyumbang tenaga pada kemajuan ekonomi dan mendapat gaji yang tinggi dalam memerah tenaga ke arah itu sebab untungnya besar. Ini kaum muda hanya di sebut para remaja akedemi fantasia, Malaysia Idol, Satu dalam Sejuta dan sekadar nak menjerit depan micropon sahaja. Di mana keperitan sebenar untuk kaum remaja sumbangkan. Mereka mempunyai tenaga yang segar lagi.

    7. Lepas itu jadi selebriti dan tertumpu isu cerai, gossip dan masukan iklan-iklan. Iklan pula, sambil makan melompat-lompat macam beruk itu ibu bapa kita ada ajar pada kita sedang kita menjadi warga yang berguna. Taidak ada isu rempit sewaktu itu.

    tk

    Di mana silap? Salah siapa?

    win-win winner Reply:

    sdr tibai, wa sokong 101% segmen lu huraikan….

    Kesilapannya ada pada PM terdahulu,dan tempiasnya virus ini menular sewaktu Empire Mamakdhir sehingga sekarang,Seandainya PM nojeep otak digital,rakyat pasti 100% menyokong kerajaan sekarang,formula yg ada kat menteri kabinet nojeep tak berkeupayaan menjunjung kasih nojeep pada rakyat,adakah nojeep tersalah catur/pilih org harapannya,katalah juragan kapal otak digital,silap pendayung yg tak berpengalaman menarajui bahtera,habislah berpusing2 kat situ saja sehingga 2012 pru 13 mampuslah company tu,bankrupcy…….so renung2…….

  3. 3 azrai Jun 13th, 2009 at 2:45 pm

    semoga dato zaid x seperti 4 ekoq(bota,behrang,cgkt jering & jelapang)… giler kuasa & duit

    diharap dato berbakti dlm PKR untuk membantu rakyat…

    kami rakyat Malaysia mahukan perubahan…

    kami rakyat Malaysia mahukan reformasi…

    kami rakyat Malaysia dah muak dgn ameno…

    kami rakyat Malaysia nak parti lain perintah negara ini…

    Reformasi…!!!! Suara Rakyat….!!!!

  4. 4 tok iskandar Jun 13th, 2009 at 3:02 pm

    Perlu ubah segera kaedah pemilihan pimpinan tertinggi dalam PAS.Zaman dah berubah,gerak kerja dan segala-galanya mestilah up to date dan sistematik.

    Tok amati idea kerajaan perpaduan ini dah tamat isunya.tak perlu kita ulaskan kerana sedar tak sedar BN yang sedang hadapi krisis keyakinan ketika ini.

    UMNO dengan krisis dalamannya di Terengganu dan Perlis.Khabarnya 2 pemimpin kanan dari Terengganu telah ditangkap baru-baru ini oleh SPRM Selangor kerana rasuah.Ada risikan mengatakan mereka ini team Ahmad Said.Tempohari kem Derih Jusoh kena balun ekoran isu bumbung stadium sultan Mizan runtuh.Pergolakan menanti belah UMNo Terengganu eloklah dimanipulasikan oleh blogers semua di sini.Penyertaan beramai-ramai ahli UMNO ke dalam PKR di Perlis menambahkan lagi perit luka UMNO.

    MCA pula parah dilanda skandal PKFZ.dalam soal selidik blog seorang pemimpin kanan MCA,lebih 70% ahlinya desak MCA keluar BN.Khabarnya seorang ADUN Selangor,Abdul rahman Palil turut terseret dalam skandal ini.Pakatan rakyat kena korek dalam-dalam isu ini.

    PPP pulak Kayveas dan Murugiah tengah bergelut dan berebut nak jadi ketua.semalam dalam paper,isteri Kayveas telah dilantik jadi duta ke Papua New Guinea.Kayveas kena ikutlah bini.Nampak sangat Najib sebelah Murugiah selama ini dan cara inilah yang terbaik untuk buat Kayveas pencen sebagai Presiden PPP.Apa pulak tindakan Kayveas.tak bengang ke dia kena tipu di Najib?

    MIC termengah-mengah menjawab isu skandal MAIKA HOLDINGS.Siapa yang tembak samy vellu kali ni?

    berhentilah kita berperang sesama sendiri seketika kerana musuh kita adalah BN.buatlah gencatan senjata.ok.janganlah pulak salah tembak.tok dapat info terkini,beberapa ADUN PR di selangor nak melompat.blogers semua tolong siasat.ada kemungkinan operasi tawan selangor telah bermula.Najib bimbang jika lewat rundingan air akan berjaya diselesaikan dengan baik oleh kerajaan PR di Selangor dan pengurusan air selangor akan diuruskan oleh kerajaan negeri PR.Tak boleh buat duit brothers.Marilah kita sama-sama pertahankan kerajaan PR di Selangor daripada dirampas oleh Najib dan gerombolannya

  5. 5 mohd nor bin talib Jun 13th, 2009 at 3:43 pm

    DSAI, Semangat Demokarasi Dalam PKR, thaniah kongres bersidang hari ini, dengan ada kesatuan ini maka perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat semakin utuh, dan sukar digugat walau ada dikalangan pemimpin PKR dan Pakatan RAKYAT dizalimi pehak lawan atau dianiaya dengan keadaan mereka.
    Syabas juga untuk Dato Zahid Ibrahim yang memilih langkah bijak untuk menjadi warga PKR, maka mekarlah bungax dicelah dedahun parti PKR dan meranum pula buah didahan Pakatan Rakyat.
    Maka Demokarasi menjadi indah bercangah pula keadilan akan dinikmati oleh Rakyat Malaysia.
    tiada apa lagi yang harus ditakuti, jua tiada lagi kecuriagan akan nasib rakyat tidak dibela dengan seadil-adilnya.
    Bagi DSAI yang menjalankan laluan sukar menghadapi perbicaraan pada julai ini, hadapi dengan tabah kami semua merafat sujud pada ilahi semuga diberi kekuatan buat DSAI dan lepas dari halang FITNAH yang maha dasyat yang dicita oleh Manusia yang maha Zalim.
    MEKARLAH PKR DAN PAKATAN RAKYAT,SELAMAT BERJUANG.