Tuesday, June 3, 2008

Silap-silap kena tolak!

Laluan Ezam di Umno bukan mudah
02-06-2008 04:37:05 AM Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno pada Rabu lalu diramal berhadapan dengan 'konflik' ekoran wujudnya pandangan berbeza di kalangan ahli Umno.Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, penyertaan semula Ezam secara tidak langsung bakal mencetuskan konflik dalaman dalam Umno.Sehingga kini, jelas beliau, secara rawak tidak semua ahli Umno menerima kepulangan Ezam dengan hati terbuka.“Bila Ezam hendak masuk semula dalam Umno, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kata OK. Tapi lain pula reaksi yang diberikan oleh Muhyiddin (Tan Sri),” katanya ketika dihubungi mStar Online.Dua situasi tersebut sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan wujudnya pertikaiaan mengenai kemasukan Ezam.“Masalahnya dia (Ezam) pernah menjadi orang kuat PKR yang cukup lantang mengkritik Umno... jika ahli biasa PKR yang nak masuk Umno, saya tak fikir akan wujudnya masalah,” jelasnya.Lebih menimbulkan keraguan ialah saluran yang digunakan Ezam untuk masuk semula menjadi ahli Umno.Ahmad Atory berkata, ia cukup berbeza sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden Umno dua dekad yang lalu.“Anwar mengikut saluran dan laluan yang betul iaitu bermula dari bawah, isi borang macam ahli biasa. Ini tidak! Baru hendak masuk Umno terus dapat jumpa Pak Lah. Ini boleh mewujudkan perasaan tak senang hati di kalangan ahli lain,” katanya lagi.Ditanya sama ada kemasukan Ezam akan memberi kesan kepada Umno atau tidak, beliau berkata, kesannya akan wujud apabila tibanya masa pertandingan dalam parti Disember ini.Walaupun Ezam menegaskan yang beliau tidak akan bertanding merebut jawatan dalam pemilihan kali ini, sedikit sebanyak kehadirannya akan membantu pihak-pihak tertentu untuk memenangi jawatan, kata beliau. “Dia (Ezam) boleh dianggap sebagai aset kepada pihak tertentu untuk membantu mereka meraih undian kerana ramai lagi kawan-kawan dia dalam Umno,” kata Ahmad Atory.Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Agus Yusoff berpendapat kesan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno akan dapat dilihat jika beliau boleh membantu untuk memulihkan Umno dari dalam.“Dia perlu membuktikan bahawa dengan kemasukkannya boleh membawa perubahan positif dari dalam parti agar Umno menjadi lebih demokratik, kembali memperjuangkan hak rakyat, ubah sistem pilihan raya sedia ada yang meragukan serta menaikkan semula imej sistem kehakiman,” katanya.Mohd. Agus berkata, mulai sekarang Ezam mempunyai cabaran yang cukup besar untuk berhadapan dengan ahli Umno dan juga rakan-rakan lamanya dalam PKR.“Cabaran untuk Ezam ialah jika dia tidak berjaya membantu bawa perubahan dalam Umno, dia akan jadi bahan ketawa semua orang sama ada PKR mahupun ahli Umno sendiri,” jelasnya.Diminta mengulas mengenai cakap-cakap yang mengatakan kemasukan Ezam ke dalam Umno menggambarkan PKR sudah hilang kepercayaan penyokongnya, Mohd. Agus bagaimanpun menyangkal dakwaan itu.“Saya tidak melihat PKR telah hilang kepercayaan rakyat kerana dalam politik macam-macam perkara boleh berlaku, ia akan berubah mengikut masa dan situasi.“Kalau hari ini kita lihat Ezam masuk Umno, tak mustahil esok akan ada juga ahli Umno yang masuk PKR,” katanya.Mengambil contoh Dr. Mahathir yang sebelum ini mendaftar sebagai ahli seumur hidup dalam Umno juga bertindak keluar parti, maka tidak mustahil perkara seumpama itu akan terus berlaku.Baginya persoalan sama ada penyertaan Ezam dalam Umno adalah sebagai strategi politik, beliau berpendapat, soal itu tidak timbul.“Perkara ini (masuk Umno) berlaku kerana dia merasakan perjuangan PKR tidak lagi sesuai untuk dia. Jadi dia pilih Umno kerana baginya melalui Umno pembaharuan untuk kepentingan rakyat dapat dilakukan,” katanya.Ketika ditanya pandangan melalui pemerhatiannya dalam arena politik semasa yang boleh disimpulkan bahawa PKR sudah tidak lagi relevan, Mohd. Agus berkata: “Tidak... saya tak katakan PKR tak relevan.”Reaksi berbeza pula diberikan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang berpendapat isu Ezam kembali menyertai Umno adalah perkara biasa.“Perkara keluar masuk parti ini bukan sesuatu yang baru, dulu pun ramai juga yang keluar Umno masuk Semangat 46. Kemudian bila dah hilang semangat, mereka masuk semula ke Umno,” katanya.Beliau menyifatkan kepulangan Ezam seolah-olah menggambarkan keadaan politik Malaysia yang boleh diibaratkan seperti "monyet yang suka melompat-lompat."“Hari ini dia suka... dia masuk, esok dia dah tak suka dia ambil keputusan keluar parti sesuka hati. Tiada siapa boleh halang," katanya.Jelas beliau, situasi seumpama itu secara tidak langsung dapat mensensasikan parti politik seperti Umno dan PKR yang sentiasa aktif serta tidak pernah ‘sunyi’ dari sebarang isu.Bagaimanapun beliau beranggapan perbincangan sama ada Ezam bakal membawa perubahan atau tidak dalam Umno, sukar menemui jawapan yang tepat.“Rasanya tak perlu kita meneka kesan atau perubahan yang mungkin terjadi bila Ezam masuk Umno. Lebih baik tunggu dan lihat sahaja kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam politik,” jelasnya.

Pakatan Rakyat will give free education at all level to all!

MCA shocked by objection to PSD move
KUALA LUMPUR: The MCA is saddened and shocked by an Umno Youth leader’s objection to the fairer distribution of Public Service Department (PSD) scholarships for all races.
MCA Youth education bureau chief Dr Wee Ka Siong said the last five years had seen an expansion of PSD scholarships from 900 places in 2004 to 2,000 this year.
“The decision to increase the percentage of non-bumiputra recipients is in tandem with the rise in the number of scholarships. It is a win-win situation for all,” said Dr Wee.
He was commenting on the statement by Umno Youth education bureau chairman Ahmad Ikmal Ismail that increasing the quota for PSD scholarships for non-bumiputras without increasing the actual number of scholarships had drastically affected the bumiputras.
Ahmad Ikmal added this meant scholarships were being taken from the bumiputras and given to non-bumiputras.
Dr Wee, who is Deputy Education Minister, said outstanding bumiputra students should not worry about being deprived of a scholarship if their qualification met the criteria set out by the PSD.
He added the PSD move would also ensure a more level playing field because when more competition prevailed, students would be encouraged to perform their best.
Dr Wee also said the MCA supported the PSD move as a step in the right direction.
He said Malaysian students must strive towards achieving meritocracy in applying for government scholarships, just like the criteria for intake into public universities.

Kan DSAI dah kata dulu...mesti naik punya!

Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR 2 Jun – Harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel tersebut tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.
“Ia akan berlaku... harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.
Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.
Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.
“Sekarang ini, tiada sekatan terhadap pemberian subsidi minyak. Walau banyak manapun kita beli diesel atau petrol, kita akan dapat subsidi.
“Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.
“Kerajaan mahu mewujudkan satu sistem baru yang tidak menjurus kepada masalah dan sepatutnya ia (subsidi) adalah untuk golongan yang amat memerlukan,” katanya.
Shahrir berkata, beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk mekanisme tersebut.
“Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api," katanya.
Mengenai sekatan penjualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak di sempadan negara, Shahrir menjelaskan, pelaksanaannya adalah sebagai langkah sementara bagi menangani kebocoran pemberian subsidi minyak kepada rakyat negara ini.
Mulai hari ini, kerajaan menguatkuasakan larangan ke atas rakyat asing membeli bahan bakar di stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand manakala bagi sempadan Malaysia-Singapura pula ia akan dimulakan pada 9 Jun ini.
Langkah itu diambil ekoran keputusan mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Pelaksanaan langkah itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand membabitkan negeri Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.
Shahrir memberitahu, larangan tersebut bagaimanapun mengecualikan para penunggang motosikal.
“Sudah ada laporan mengenai beberapa perniagaan tempatan yang terjejas akibat larangan itu tetapi kita tetap terpaksa melaksanakannya demi kebaikan semua pihak.
“Kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi sebanyak RM56 bilion pada tahun ini untuk minyak sahaja dan langkah sekatan ini akan dapat mengurangkan penyaluran subsidi kepada mereka yang tidak berkaitan," katanya.
Harga minyak di pasaran dunia terus meningkat sehingga mencecah lebih AS$135 setong dua minggu lalu tetapi kini stabil di paras AS$128.
Di Indonesia, harga petrol dan diesel telah dinaikkan sehingga 30 peratus manakala kerajaan India bercadang menaikkan harga bahan api itu sehingga 22 peratus daripada harga sekarang.

20 cubic metre free water in Selangor goes on

Monday June 2, 2008
MB: Water rebate in effect
By NG CHENG YEE
PETALING JAYA: The 20 cubic metre water rebate for Selangor consumers is already “in effect” and this will be reflected in this month's water bill.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said as such, there was no doubt at all that the state government's pledge to consumers would be honoured, adding that Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) had already agreed to abide by the decision.
“When you get your water bill later in June, the rebate will be recorded at the bottom. There is no question (about its implementation),” he said after attending a dinner event at his Bandar Tun Razak parliamentary constituency yesterday.
Also present were Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, her daughter Nurul Izzah, who is the Lembah Pantai MP, Wangsa Maju MP Wee Choo Keong and Batu MP Tian Chua.
Striding in: Khalid, Dr Wan Azizah and Nurul arriving at a dinner with Bandar Tun Razak constituencts in Kuala Lumpur Sunday night.
Khalid however reminded consumers of their obligation not to waste water.
On Federal Territory Gerakan chief Datuk Dr Tan Kee Kwong's post as co-chairman of Selangor’s special task force on land issues, the MB said Dr Tan had been invited to brief the state executive council next week on his plans.
He said the state exco and NGOs would recommend suitable candidates for the special task force, adding that not more than eight members would be picked.
On the appointment of professionals as local councillors, Khalid said he had their names and would announce it in two weeks.