Saturday, June 7, 2008

Umno telah termakan sumpah!

Sebelum PRU12 umno / bn begitu yakin .Yakin mengekalkan status quo.Yakin dapat merampas Kelantan.Yakin sapu bersih.
Orang No 2 umno bukan main celupar mulutnya. Katanya 2008 adalah tahun merawat Kelantan.Orang No 2 Pemuda pulak lantang dengan slogan pade doh.Bukan main celupar dan busuk mulutnya. Busuk kerana mengeji TG Nik Aziz.Katanya cukuplah 18 tahun kena tipu.Cukuplah 18 tahun tak maju.Cukuplah 18 tahun rasuah.Cukuplah 18 tahun hidup miskin.Pade doh tu maknanya cukuplah.
Bila keputusan PRU 12 diumumkan semuanya terkejut beruk.Orang yang kata orang beruk pun terkejut beruk.Ada yang menangis.Ada yang menyepi.Ada yang tunjuk gentleman.Begitulah suasana sehingga 4 ke 5 minggu selepas itu.Tuding menuding berlaku. Pengikut salahkan ketua.Ketua salahkan pengikut. Ada pula yang kata ini pengaruh media alternatif.Maka masing-masing mula jadi blogger.Tapi tak tahan lama.Kena hentam teruk lalu tutup.Dikatakan ada hacker nak ceroboh.
Kini semua kembali tenang.Tenang pada zahir saja.Dalam hati memang kacau bilau.
Parti komponen buat penjenamaan semula.MIC bagi peluang pemuda tubuh cawangan.Gerakan pecat sana , gantung sini.MCA siasat skuat pengintip.Parti komponen Sabah dan Sarawak buat tuntutan macam-macam.Mana tak kacau bilau.
Umno kononnya cool. Tapi sebenarnya dialah yang paling menggelabah.Di Parlimen diasak oleh Pakatan Rakyat. Wakil Sabah pulak buat hal. Serangan mahathir juga bertalu-talu.Ditambah oleh Mukhriz .Dalam pada itu kes "correct,correct,correct" pula meletup.Bahangnya teramat sehingga mahathir keluar parti.Satu tamparan buat dolah.Mujur ezam jadi "penyelamat".Penyelamat yang dah tak boleh diharap."Wira" kecundang yang telah ditandang dari PKR.
Namun semua itu telah berlalu.Berlalu begitu cepat sekali.Tenggelam dek kenaikan harga minyak yang begitu mendadak.Bantahan sana sini.Harga barang mula naik.Marah rakyat pun naik.Tapi dolah tak peduli.Baik untuk jangka panjang katanya.
Umno dalam suasana hiruk pikuk ,dalam diam buat penjenamaan semula.Tapi itu semua rahsia.Tak disiar kepad umum.Kita tengoklah nanti apa akan jadi.
Pada saya apa yang umno hendak lakukan kepada PAS telah berlaku kepada diri sendiri.Dia nak rawat Kelantan tapi dia sendiri sedang dirawat.Tapi tak ada siapa yang sudi merawatnya kecuali ezam.Tapi ezam belum jadi ahli lagi...maka dia rawatlah diri sendiri..
Umno telah termakan sumpah!
drhamzah:'fight2thefinish"