Monday, June 15, 2009

Speaker Biol !

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen
Jun 15, 09 11:44am
kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar". Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Macam ni baru betul !

Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen
Jun 14, 09 5:37pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama."Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu."Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS. "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.