Chedet nampaknya tak heran langsung dengan keputusan Royal Commission..malah beliau mencabar pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa serta menghukumnya jika bersalah.Beliau tak berhenti setakat itu saja tetapi terus-terusan mempertikaikan dolah badawi dan memperlekeh keputusan royal commission dan merendahkan pandangan peguam-peguam Karpal Singh dan P.Cumaraswamy.Beliau juga seolah-olah mengatakan tindakan nya selama ini adalah benar.
Rakyat puas hati dengan keputusan Royal Commission dan tindakan cepat kabinet melalui menteri JPM Zaid pada ..tetapi mengapa apabila AG dan Polis masih belum bertindak menteri berkenaan diam membisu? Mengapa cadanagn membahaskan isu ini di parlimen juga ditolak?
Mesti ada sesuatu yang menghalang proses penyiasatan ini. Siapa yang boleh mencari jawapannya?
AMK PKR yang diketuai Shamsul Iskandar (saya panggil dia Sam) begitu vokal dalam kes ini.Laporan polis telah dibuat.Road show pun dah bermula.Tapi yang lain kenapa senyap? Mana suara NGO?Mana suara "Pejuang Melayu"?Mana suara Ahli Akademik? MIC,MCA,GERAKAN,UMNO kenapa diam ?? Mengapa semua pengecut? Mufti Perlis kenapa tak komen?
AG dan polis tak boleh diharap.Mereka "terhutang budi "dengan chedet. Zaid pulak bila Tg Adnan kata nak ambil tindakan disiplin terus senyap pula.Nazri Aziz hingga tak terkata apa pun.Menteri agama terus menyepi.
Heran juga saya lihat gelagat dolah ni , peluru dah ada dalam tangan dan target terletak didepan mata mengapa tak tembak lagi?Takut back fire ke?
Jadi AMK kena terus mengasak dan mendesak ...
drhamzah : "fight2thefinish"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment