Monday, June 9, 2008

Kenaikan harga minyak punya hal !


TANDA PROTES: Seorang pelajar menjahit kedua bibirnya sebagai bantahan kenaikan harga minyak di Jakarta semalam.


Dua pelajar jahit mulut
JAKARTA: Dua pelajar Indonesia menjahit mulut masing-masing dan menyertai tunjuk perasaan bersama kira-kira 20 pelajar lain di kampus Jakarta bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menurunkan harga minyak yang dinaikkan di negara itu bulan lalu. Kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 peratus sehingga mencetuskan banyak tunjuk perasaan di negara itu berikutan jutaan penduduk kini tertekan dengan krisis kenaikan kos tenaga dan makanan. Kerajaan negara terbabit berkata mereka tidak memiliki pilihan lain dan terpaksa mengurangkan subsidi minyak bernilai bilion dolar setahun kerana tidak mampu lagi menanggung kos minyak yang meningkat di pasaran dunia.
Langkah itu dijangka memberi kesan besar terhadap pilihan raya parlimen dan presiden negara itu yang akan diadakan tahun depan. "Kami akan terus menggesa kenaikan itu dibatalkan," kata jurucakap pergerakan pelajar universiti dikenali Forum Kota, Nando Sidabutar. Katanya, semua pelajar berjanji tidak akan berganjak sehingga kerajaan menurunkan kembali harga minyak malah pelajar dari universiti lain menyatakan persetujuan akan turut menyertai tunjuk perasaan berkenaan. - Reuters

1 comment:

Anonymous said...

Kita tak payah jahit mulut, kita jahit sahaja mulut pak lah supaya jangan pandangan2 bodoh yang akan menindas rakyat.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru