Thursday, June 5, 2008

BN telah tunaikan janji manifesto PRU12

Syabas BN! Syabas pengundi BN!

Tertunailah sudah janji seperti dalam manifesto BN "selamat ,aman ,makmur". Mulai jam 1201 tgh mlm tadi harga petrol naik 78 sen kepada RM2.70 . Harga ini akan di kaji setiap bulan dan akan dinaikkan lagi sehingga mencapai paras harga global RM4.00 ke RM 5.00 seliter.
InsyaAllah mulai 1 julai satu lagi janji akan ditunaikan..kenaikan tarif elektrik...syabas bn!syabas pengundi bn! janji ku sudah ditepati.

Sungguh "selamat aman makmur" rakyat malaysia yang berkereta mulai jam 600 ptg semalam.Mereka berpesta menuju ke arah petrol station untuk mengisi minyak.Mereka sanggup menanti berjam-jam hanya untuk mengisi penuh tangki kereta pada harga RM1.92.Kesihan kepada penyokong Pakatan Rakyat tapi syabas kepada pengundi bn.

DSAI berkali-kali menyatakan harga minyak akan diturunkan sekiranya PR dapat menguasai kerajaan persekutuan dan akan naik sekiranya bn menang.Nampaknya jaminan ini tidak cukup kuat untuk memesong keyakinan penyokong bn terutamanya orang melayu untuk memilih Pakatan Rakyat. Malahan ada yang mempertikai dan memperlekeh kemampuan DSAI.Nah sekarang kamu terimalah padahnya kerana menyokong bn secara membuta tuli.Lepas ni tarif elektrik pula akan dinaikkan.

Atas dasar apa harga minyak dinaikkan , sedangkan kita mempunyai telaga minyak sendiri.Katanya sebab harga crude oil meningkat.Kalau harga crude oil meningkat , mengapa pula harga minyak(yang telah diproses) dinaikkan sekiranya kos pengeluaran tidak meningkat.Pelik sungguh kerajaan bn ni.

Saya pasti DSAI dan Pakatan rakyat sedang berusaha keras untuk membantu rakyat dari bebanan kenaikan harga minyak ni.

drhamzah:"fight2thefinish"

No comments: