Monday, June 23, 2008

Biul sungguh BN ni!

BN sokong usul minyak naik
Isnin, 23 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Parlimen
[[Kemaskini 7.20petang]] PARLIMEN, 23 Jun (SK) -Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang yang juga Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail pendekatan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani masaalah kenaikan harga bahan makanan dan bahan bakar dipasaran global amat mengecewakan rakyat di semua peringkat.

129 Ahli Parlimen BN yang menyokong usul kenaikan harga petrol itu jelas menunjukkan BN dibawah pimpinan Umno, tidak prihatin dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat.

Petang ini, Parlimen telah mengadakan Belah Bahagian ke atas usul kenaikan harga minyak yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad.

Usul tersebut menyaksikan seramai 78 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menolak kenaikan harga petrol oleh kerajaan.

No comments: