Wednesday, June 4, 2008

Betulkah blog chedet hebat?

Nampaknya blog chedet begitu "hebat" sekali

1. Mencecah 1 juta pengunjung dalam masa sebulan
2. Menerima komen antara 200-400 bagi setiap posting
3.Komen yang diberi semuanya menyokong chedet
4. Ada yang panggil Tun dan Sir. Ada pula yang panggil ayahanda Tun dan chedet..Tapi tak ada yang panggil datuk atau tok wan
5. Kebanyakan komen menyeru supaya mahathir teruskan perjuangan

Mengapa terjadi demikian ?

1.Yang pasti bukan kerana mahathir masih relevan dengan politik Malaysia
2. Kebanyakan pengunjung adalah mereka yang anti -dolah (?pro-najib dan muhyidin mungkin)kerana kebanyakan komen akan dikaitkan dengan kelemahan dolah badawi.
3. Ramai pengunjung yang "singgah " sepintas lalu sahaja apabila di directkan kesana setelah mengunjungi blog lain.
4. Komen di tapis terlebih dahulu
5.Komen diberi oleh orang yang sama bagi setiap posting
6.Ramai yang berminat "melihat" komen mahathir kerana semua komennya menghentam dolah umno dan bn.

Jadi...rupanya

Tidak sehebat manalah blog chedet ni. Ramai pengunjung nak cari bahan menghentam umno dan bn saja...dan memang komen chedet diperlukan untuk menjatuhkan umno bn

drhamzah: "fight2thefinish"

No comments: