Thursday, June 5, 2008

Betul kata chedet melayu-umno mudah lupa

Rasanya dolah/najib telah lupa padah yang menimpanya pada PRU 12 yang lalu.Rakyat telah menghukum mereka kerana selalu berbohong dan bertindak sewenang-wenang.Adakah lupa mereka disedari atau tidak.Saya lebih percaya bahawa mereka berdua dilupakan oleh Allah bagi membolehkan PR merampas teraju pemerintahan dengan lebih cepat lagi.

Mereka bukan saja lupa tetapi terus membohongi rakyat .Malangnya penyokong umno /bn tak sedar ini semua.Mereka telan bulat-bulat apa yang disuap kemulut mereka.Yang banyak merempat pun orang umno juga, tapi mereka terus berdiam diri tak berani bertindak walaupun dalam hati sanubari mereka berasa amat marah dgn kerajaan.

Kita penyokong PR tak mudah ditipu.Kita bukan umat yang bodoh.Kita banyak maklumat.Maklumat kita dihujung jari. Oleh itu kita semestinya menentang kenaikan harga minyak ni.Kita sedia maklum bahawa walau macam mana kuat tentangan kita dolah /najib tak akan mengaku kalah. Maka sewajrnyalah digerakkan cepat proses merampas tampuk pemerintahan dari umno/bn ni.

Biarkan dolah/najib terus lupa dan membohongi penyokongnya.Itu lebih menguntungkan kita.Lebih mudah dan cepat DSAI dijulang ke Putra Jaya .InsyaAllah.

drhamzah:"fight2thefinish"

No comments: