Sunday, May 18, 2008

Di luar mahkamah bukan main berani lagi!

"Saya sedia didakwa" Inilah kata -kata Mahathir .Bagai seorang wira lagaknya.Bagai orang yang berani kerana benar.Tetapi itu hanya kata-katanya diluar mahkamah.Sudah terbukti bahawa mahathir adalah seorang pengecut.Berapa kali DSAI cabarnya datang kemahkamah , dia tak berani .Semasa dipanggil jadi saksi Tape Linggam pun dia hanya jawab "Saya tak tahu","Saya lupa"..,Boleh percaya ke dia minta didakwa sebab nak dedahkan perkara berkaitan perlantikan khakim dan lobi melobi.Saya rasa yang dimaksudkan adalah terbalik.Oleh itu saya gesa Gani Patail dan Musa Hasan jangan teragak-agak nak buat siasatan.Panggil DSAI jadi saksi.Sudah tentu beliau banyak info yang berguna dan sahih. Sila baca apa kata mahathir seterusnya...

‘Saya sedia didakwa’
JOHOR BAHRU 17 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia disiasat dan didakwa di mahkamah berikutan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam.
Beliau menegaskan, ini kerana pendakwaan akan memberi peluang kepadanya untuk memberi keterangan di mahkamah mengenai pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim termasuk usaha melobi.
Dr. Mahathir turut berharap siasatan itu tidak ditamatkan dengan akhirnya diputuskan ‘tiada kes’ kerana ia akan menyebabkan beliau tiada peluang untuk menerangkan kepada mahkamah apa sebenarnya berlaku.
‘‘Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-ahli Akar Umbi UMNO Johor dan mykmu.net di Hotel M. Suites di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, anaknya yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.
Majlis itu dihadiri lebih 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini.
Beliau diminta mengulas arahan Kabinet semalam supaya Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan serta-merta terhadap beberapa individu yang disebut dalam kontroversi klip video Lingam termasuk dirinya.
Selain Dr. Mahathir dan Lingam, turut disebut dalam laporan berkenaan ialah ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor serta dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin.
Ditanya adakah kesanggupannya dihadapkan ke mahkamah sebagai pengakuan beliau melakukan kesalahan itu, Dr. Mahathir menegaskan:
‘‘Saya tidak buat salah, saya tahu. Tetapi kalau saya tidak didakwa di mahkamah, maka saya tidak berpeluang untuk mendedahkan segala-galanya.”
Dr. Mahathir bagaimanapun mengakui semasa menerajui negara, memang ada hakim-hakim yang melobi untuk pelbagai jawatan, namun beliau tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam pelantikan hakim-hakim berkenaan.
Beliau berkata, sebaliknya setiap keputusan yang dibuatnya adalah berasaskan penilaiannya sendiri tanpa mempedulikan siapa melobi.
‘‘Saya juga tidak peduli siapa cerita dan kalau saya rasa orang itu patut dilantik, saya lantik. Kalau saya ingat orang itu tidak patut dilantik walaupun dicadangkan oleh hakim, saya tidak lantik.
‘‘Saya bukan posmen. Bila ketua hakim cadang, saya pun kata lulus dan pergi kepada Yang di-Pertuan Agong dan saya nasihat Agong lulus.
‘‘Kalau macam itu, baik kita kata pelantikan ketua hakim harus diputuskan oleh ketua hakim. Jadi, saya tidak ada peranan itu, saya tidak mahu jadi posmen,” tegasnya.
Menurut beliau, bukan sahaja hakim yang melobi, malah ada juga yang datang melobi untuk menjadi calon pilihan raya, mendapat jawatan dalam kerajaan dan sebagainya.
Ditanya peranan Tengku Adnan dan Vincent Tan dalam menentukan pelantikan hakim itu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenainya.
‘‘Saya tidak tahu tentang peranan mereka. Mereka bukan lobi dengan saya tetapi saya dengar cerita macam-macam. Saya ada dua telinga, baik buruk saya dengar.
‘‘Bagi saya, sesiapa boleh beri pandangan berkenaan pelantikan sesiapa sahaja termasuk pelantikan PM (Perdana Menteri) atau TPM (Timbalan Perdana Menteri).
‘‘Ada juga orang yang kata tidak boleh orang ini. Saya tidak dengar, tapi saya lantik juga,” katanya.
Ditanya adakah saranan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat individu yang disebut itu didorong faktor politik, Dr. Mahathir tidak beranggapan begitu.
‘‘Saya tidak berani kata mereka bukan orang yang utamakan politik, mereka orang yang ikhlas dan betul,” katanya.

No comments: